Recent Post

02 June 2017


Konnichiwa,

Berbelanja di Jepun yang mahal atau preparation sebelum travel tu yang mahal? So korang boleh baca sampai habis dan nilai sendiri ye. Ni semua hasil dari pengalaman aku sendiri, kalau ada yang nak tambah atau share boleh drop comment down belowwwww hahaha (acah youtubers).

Hehe harini aku nak terangkan preparation apa yang aku dan kawan-kawan seangkatan buat sebelum kami semua terbang ke Osaka, Jepun. Kami dah travel ke Osaka selama 10 Hari 9 Malam, 30 April hingga 9 May 2017. 

Lama kan? Nahhh, pada aku 10 hari ni just nice untuk kami. Tujuan kami semua travel Jepun ni untuk tengok scenery, adapt dengan local & rasa sendiri environment kat sana. It depends on your purpose why you travel. Untuk aku memang suka travel untuk rasa jadi macam local walaupun sekejap & also food hunting, hehe. 

PREPARATION SEBELUM KE OSAKA : 


  • Tiket Flight (beli semasa promo Air Asia), KUL-KIX-KUL = RM806.88/pax

Tak rancang pun sebenarnya nak travel 10 hari, bila kawan check tiket flight 30 April - 9 May je dapat murah, so kita proceed jelah, haha. Boleh dapat murah lagi sebenarnya tapi kena rajin check, ada yang dapat return flight ticket KUL-KIX-KUL, RM500++ je!

Boleh jugak kalau nak turun Kansai Airport dan ke Tokyo, balik dari Haneda Airport tapi kos agak tinggi. Sebab ada beberapa cara nak ke Tokyo dari Kansai, yang aku tau naik Night Bus (more cheaper) atau Shinkansen/Bullet Train (high cost). 

  • Luggage 20 kg (return) - sharing 4 pax = RM51/pax

Kami beli luggage ada sebab, haha. Nak bawa makanan dari Malaysia ni satu luggage untuk check in. Tak tipu, ini serious. Macam-macam kami bawa, dari jajan sampai lah ke brahim's. Memang rancang nak masak dan nak kurangkan makan luar. 

  • Inflight meals (return), satu meal RM15/pax = RM30/pax



Wajib beli ni! 5-6 jam atas flight boleh kebulur lapaq, hahaha (aku jenis cepat lapar). Pergi aku beli Roast Chicken & Cranberry Gravy, balik tu confirm beli Nasi Lemak Pak Nassier sebab dah kebuluq makanan Malaysia. 

  • Penginapan 9 Malam di Osaka (Share 4 pax) = RM388.75/pax

          

Aku booking penginapan ni guna Airbnb, sebab utama nak rasa duduk rumah orang Jepun. So, Airbnb ni salah satu cara. Kami dapat Guest House di Osaka yang memang terbaik gila. Lengkap semua! Katil, selimut, ruang tamu, PC, Wifi rumah, Pocket Wifi, tempat memasak, sinki, toilet, shower, mesin basuh, ampaian, softlan, softener, tuala, selipar rumah, payung (kalau hujan boleh guna) & macam-macam lagi. Cuma Guest House ni jauh dari Airport, 1 jam 15 minit macam tu tapi takde hal lah. Environment area rumah pun dah best, dekat dengan Mart. 

  • Makanan dari Malaysia (share 4 pax) = RM100/pax

Kami kumpul semua total RM400, so dalam RM200 je guna beli makanan Malaysia, yang tu pun dah penuh satu luggage dekat 20kg jugak haha. Balance lagi RM200 tu beli barang masak kat sana (sayur, roti putih, seafood). Beli Brahim's (beli kat Bangi murah, yang kilang dia tu), pastu beli jajan sikit, sambal hitam (jangan lupa! - beli kat ig @sambalhitammak), sambal belacan instant, beras, haha. Ni semua untuk masak, plan baikkkk punya. 

  • Pass di Japan 

OAP 2 days = RM130/pax
KTP 6 days (beli dua tiket 3 days) = RM205 x 2 = RM410/pax

Pembayaran dalam USD, currency tinggi so total RM585.50/pax

Selepas bersilat study Pass apa nak guna sepanjang di Osaka, sebab ada beberapa Pass yang boleh diguna, cuma kena tau kita nak cover area mana sepanjang di sana. Ada join group RTJ, so otai banyak explain dalam tu jenis-jenis pass dan semua berkaitan Jepun. So, kami decide nak beli Osaka Amazing Pass (OAP) untuk 2 hari & Kansai Thru Pass (KTP) untuk 6 hari, beli dua tiket 3 hari sebab max 3 hari je. So, cukup lah 8 hari guna pass dan 2 hari kena beli tiket train on the spot. Aku beli tiket ni kat Klook, mudah sangat! Nanti boleh print @ buka e-ticket dari phone kita dan tunjuk kat Airport booking Pass yang kita beli tu je, ada kaunter H.I.S. Cuma kalau guna Klook ni dia kira guna USD, currency akan bertukar and ada caj lebih sikit sebab kan currency ni. Total aku beli OAP & KTP = RM585.50/pax. 

Boleh jugak nak guna JR Pass tapi memandangkan kami tak pergi Tokyo atau luar kawasan Kansai, jadi jimatlah dengan beli OAP & KTP sahaja. Kalau nak cerita pasal pass ni panjang dan aku tau serba sikit je pasal pass ni, study dulu nak beli pass apa sebelum ke Jepun tau! 

  • Travel Insurance AXA VIP = RM39/pax

Wajibulghunnah! Insurance ni wajib kalau ada apa-apa jadi semasa travel. Tak kisah beli yang VIP atau Classic, yang penting diri dilindungi. Aku beli AXA insurance ni, murah jugak RM39 seorang untuk 10 hari. Contoh;- aku demam panas dan kena masuk wad di Hospital kat Jepun, mau menangis air mata berdarah sebab kos hospital Jepun ni boleh tahan tinggi. So, untuk langkah berjaga-jaga, beli lah insurance, at least boleh cover kos rawatan KALAU jatuh sakit. 

  • Universal Studio Japan = +- RM300

USJ ni wajib pergi kalau ada yang minat Harry Potter! Hahaha. Aku minat gila Harry Potter ni, tapi tak pergi pun sebab nak save bajet. Lagipun bagus jugak tak masuk USJ ni sebab ni salah satu cara untuk aku datang Osaka balik untuk masuk USJ, haha. Yes! Aku akan datang balik untuk USJ. 

Jadi, ini lah beberapa persediaan yang kami buat sebelum ke Osaka. Macam aku print booking Guest House, boarding pass, insurance & Pass (untuk redeem kat Airport Kansai nanti). Aku masukkan semua printed things ni dalam satu file, senang untuk aku cari dan bawa. Siap! Cuma bila benda nak jadi, buh dalam file sekalipun, last2 atas flight air tertumpah atas flight itinerary untuk balik punya, hahahahaha.

PASSPORT JANGAN LUPA, check dulu make sure valid lebih dari 6 bulan. Macam aku 7 bulan sebelum expiry date. Sebelum nak fly, decide nak buat passport baru sebab takut tak lepas passport, pastu tanya dalam group RTJ, ada yang cakap boleh lagi. So aku tak buat baru, selamat RM250 hahaha. 

Konklusi nya, total aku spent untuk preparation ke Osaka ni adalah sebanyak RM2001.13/pax.

Next post aku akan cerita tempat2 yang aku pergi, aku harap lah ingat lagi, insyaAllah kikiki (gedik!)

Itu sahaja kalau ada pertanyaan boleh follow Instagram (@deadnab) & Facebook (Fatin Nabillah Sihan), DM atau PM, insyaAllah aku akan reply. 

Sayounara,
Fatin Nabillah Sihan
Perempuan kaki jalan.
0

01 June 2017

Konnichiwa,

Ingat lagi post aku sebelum ni mengenai preparation ke Jepun? Kalau yang belum baca boleh baca dulu yang tu, sedikit sebanyak boleh bantu sesiapa yang planning ke Kansai.

Okay, total aku spent untuk preparation ke Kansai ni sebanyak RM2001.13/pax. Jumlah ni termasuk return tiket flight, penginapan, return luggage, return inflight meals, makanan, pass dan insurance.

Untuk post kalini, aku nak terangkan area mana kami boleh cover guna pass yang kami beli dan berapa bajet aku guna sepanjang di Kansai. Kalau ikutkan mungkin ramai yang tau dan taktau Kansai ni area mana, sebab selalunya kita asyik sebut Osaka, Kyoto, Kobe & Nara kan, hehe.

So, untuk 10 Hari 9 Malam kami kat Osaka, alhamdulillah kami dapat cover beberapa wilayah dalam Kansai. Tujuan datang Jepun ni lebih kepada nak experience life di Jepun, so itinerary kami tak berapa padat ke tempat-tempat menarik. Banyak jelajah kawasan perumahan Jepun dan food hunting.


So, area Kansai yang kami terjah adalah :
  1. Osaka
  2. Kyoto
  3. Nara
  4. Hyogo
  5. Wakayama
Ini just rough itinerary yang aku boleh bagi, kinda look simple yet memenatkan sebenarnya, lagipun excited sepanjang kat sana, ambil gambaq lagi, fuhh 

HARI PERTAMA
  • Sampai Kansai airport pukul 3:25PM
  • Terus ke Shin-Osaka (guest house sepanjang kami di sana 10H9M)
  • Rehat sambil discuss flow untuk keesokkan harinya
Sampai airport kami cari kaunter HIS untuk dapatkan tiket pass kami (print out atau tunjuk through phone). Then cari train station untuk ke Shin-Osaka. Seriously, sepanjang naik train tu teringat cerita Doraemon, rumah2 kat situ mcm rumah Nobita & kawasan perumahan semua lebih kurang sama. I cryyyyy! Hahaha. Sampai Shin-Osaka kena jalan kaki ke Guest House (tp jgn risau sbb owner dh bg guideline cara nak ke situ - google maps pun boleh). 

Serious cakap, korang kalau datang Osaka do take this Guest House, sbb serba lengkap, i told you. P baca post Kansai Preparation. Pastu sebelah Guest House ada farmasi dgn mart. Jalan 5 minit ada Lawson. Jalan 10-15 minit ada kedai2 lain semua. Memang strategik kawasan dia. Cuma kedai makan halal tu tak pasti ada ke tak (tu jelah, but kami prefer masak, so it would be no problem for us). 

HARI KEDUA (Osaka) :
  • Osaka Castle
  • Dotonbori
Osaka Castle ni biasa la, ramai orang tau & time p pun memang ramai, tempat tumpuan kan. Memang cantik, masuk dalam ada sejarah2 dia, then naik sampai atas dapat view Osaka town. Nk masuk castle ni, korang boleh pilih nak naik atas guna lif atau tangga (yg ramai lif tp cepat je). Tak ingat ada berapa tingkat (4-5 tingkat sort of). Tapi kalau dari atas nak turun bawah kena guna tangga sahaja. Kawasan area Osaka Castle ni ada entertainment dan orang jual makanan. 

The best part untuk aku adalah Dotonbori, hahaha. Best weh macam2 makanan ada tapi kena cari yang halal lah eh. Boleh shopping makanan dan baju2 ke kasut ke kat situ. Sebab macam2 kedai ada, memang meriah habis! Tempat wajib ke Osaka ni lah, boleh cuba makanan Jepun. Kena pandai cari and bersabar jelah hahhahahaha. 

HARI KETIGA (Osaka) :
  • Tsurumi
  • Museum House & Living (tutup Selasa)
Tsurumi? Haaa, seriously korang kena mai tempat ni. Kalau korang jenis orang yang bersemangat waja tu mohon naik sampai atas. Jumpa windmill, kawasan situ ada bunga tulip dorang tanam (tp takpasti sepanjang musim atau musim bunga je). Sepanjang nak sampai atas kat windmill dari turun station tu mmg view dia best (for me) sbb ada taman, ada Mitsui Outlet (if i'm not mistaken), & tgok orang Jepun beriadah, budak2 Jepun main air pancut sambil pakai baju sekolah, LOL.

Museum House & Living ni time kami sampai tutup sbb hari Selasa kan (google buka pukul berapa tp tak tgok tutup hari apa, bingai jugak la). Geram tak kata sbb baru ingat nak pakai Kimono, hm. Kat sini boleh pakai Kimono/Yukata free. Pastu museum dia pun macam best. So datang sini eh. Ambil gambar kat sini pastu tag @deadnab (IG) atau Fatin Nabillah Sihan (FB), hahahaa bagi aku dengki. Hahaha gurau.

HARI KEEMPAT (Kyoto) :
  • Fushimi Shrine
  • Kyoto
The famous shrine! Best thing tempat ni memang cantik sangat, I knew it gonna be beautiful! Cuma yang tak best, kami p time Golden Week, so memang ramai gilaaaaa orang haha. Golden Week ni orang Jepun cuti seminggu tak silap. So, pegi mana2 tempat time ni (tambah2 tempat tumpuan orang) memang ramai gila la. Aku advise elakkan datang time Golden Week kalau nak ambil gambar dengan tenang tanpa perlu marah2 hahahahaha (sbb geram)

Lepastu kami jalan2 area Kyoto ni, jumpa kawan and dorng bawa pegi makan kat Naritaya (daging halal) tapi mahal. Untuk kami yang bajet ni idok mampu lee. Mampu tapi sorang sekeping daging hahhahahaa. Kyoto mmg best sebab tenang je, kami lepak kat Nakagyo-Ku, fuhh best berkelah situ.
Kat area jambatan, sambil tgok bangau, orang menari, main game semua lah. Best!

HARI KELIMA (Kyoto & Nara) :
  • Arashiyama (Bamboo Forest)
  • Sagano
  • Nara
Arashiyama & Sagano memang tempat yang menarik dan cantik. Please spent time at least half day here. Kat Arashiyama ni tempat orang ambil gambar Bamboo tu, pastu area tu boleh tgok monyet Iwatayama, boleh lepak kat Togetsukyo Bridge, boleh naik Hozu River Boat Tour, and more. Kat sini kalau nak jelajah lebih boleh la sewa basikal.

Kat Nara ni nak tgok rusa yang jinak tu. Memang comel betul hehe. Best part is rusa ni kalau nak minta makan, dia akan tunduk atau angguk kepala, tanda hormat atau minta makan mcm tu. Area Nara ni ada kawasan jual barang souvenir Jepun murah jugak, Biskut Kapal murah! Cari nama tempat Higashimukiminamimachi (souvenir tote bag dgn coklat murah) dengan Hashimotocho (makanan murah! takoyaki murah). So its the best place untuk shopping jugak.

HARI KEENAM (Kobe & Hyogo) :
  • Mt Rokko Waterfalls
  • Chinatown Kobe
  • Himeji Castle
  • Akashi Kaikyo Bridge
HARI KETUJUH :
  • Jalan Jalan Cari Makan
  • Hard Rock Cafe Osaka
HARI KELAPAN :
  • Wakayama
HARI KESEMBILAN :
  • Universal City (USJ)
  • Shinsaibashi
  • Dotonbori (again! haha)
HARI KESEPULUH :
Balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Untuk Hari 1-8 kami guna Pass yang dah dibeli, dan hari ke-9 & ke-10 kami beli tiket train sahaja. FYI, kegunaan belanja kami sepanjang 10H9M di Kansai adalah sebanyak RM868/pax (depends on currency). Sebelum nak bertolak ke Osaka, kami tak sempat nak tukar duit kat money changer atas sebab2 tertentu (one of our mistakes), so kami TERPAKSA tukar di airport KLIA2. Currency tak best sbb tinggi, dah la time tu currency mmg tengah tinggi, tukar kat airport pula, adoii, dapat rate 40.2. 

Peringatan : Kalau boleh elakkan tukar duit di airport

Tapi alhamdulillah, time kat Osaka nak tukar duit, currency menurun, so memang rezeki lah. Kami juga ada withdraw duit dari ATM dorng. Make sure korang aktifkan account bank untuk luar negara dan kad bank ada MEPS semua tu tau.  So kami dapat merasa currency tinggi dan rendah hahaha. RM868 total belanja ni aku kira ikut dua currency tau (berdasarkan keadaan aku). So bawah ni nanti aku list out RM868 ni aku guna beli apa.

TEMPAT MAKAN (kongsi 2 orang) :
  1. Matsuri 1819
  2. Ramen Honolu 2354
  3. Sushi Ebisuchho Kyoto 1160
  4. Takoyaki 680 + 250 + 450
  5. Naritaya (Daging bakar) 2500
  6. Ayam-Ya 1400
  7. Marugame Udon 900
  8. Luke Lobster 1008 + 1008
  9. Pablo 620
EXTRA MONEY FLOW (kongsi 2 orang) :
  1. Jajan (Family Mart, Lawson) 5000 + 2377
  2. Vending Machine 6000
  3. Souvenirs 10,000
  4. Train hari ke-9 1650
  5. Train hari ke-10 2720
  6. Starbucks 500
  7. Mesin Urut 200
Ada balance 10. Total tempat makan dengan extra money flow ni adalah 42,606. So untuk Makan dgn Extra Money Flow kena bahagi 2. Bila bahagi untuk dua orang dapat lah 21,303 bersamaan RM868 seorang. 

Apabila ditambah RM2001.13 + RM868, 
============================
TOTAL 10D9N = RM2869.13/seorang
============================

Kenapa kongsi dua orang? 
  • Jimat & bajet
  • Kuantiti makanan jepun memang banyak, portion besar
  • Mostly barang jajan beli untuk rasa dan kongsi (sharing is caring gittuww!)
  • Souvenirs mmg target taknak beli banyak, untuk family ja, utk kawan2 beli biskut kapal yang murah tu haha
  • Mostly duit belanja banyak habis kat makanan (sbb tiket train ke apa takyah beli sbb dah ada pass tu)
  • Starbucks dgn mesin urut tu time kat airport, masing2 ada duit lebih, habiskan beli benda tu dengan beli coklat mahal (Royce Chocolate - Nama)
  • Setiap hari akan masak kat guest house sbb dah bawa stok, kalau bahan mentah (ikan salmon, sayur, buah) beli kat mart ja (hasil balance rm200 kumpul duit makan)
  • kenapa 2 org bukan kongsi 4 orang, haha ada certain tempat makan kongsi 4 orang, ada certain kongsi 2 orang, depends. Mostly, kami share 2-2 cenggitu lah.
Extras :
  • kat Osaka naik escalator kena berdiri sebelah kanan
  • kat Kyoto naik escalator kena berdiri sebelah kiri
  • kat Kyoto kalau pakai Kimono/Yukata, shopping atau makan boleh dapat diskaun
  • kalau time hujan pun boleh dapat diskaun kat Kyoto
p/s : actually korang nampak macam bajet kan, tapi for me it is not. aku puas makan makanan Jepun, aku puas berjalan (even bnyk lg tempat belum pergi) & aku puas hati trip aku kalini hahaha.

Seriously ckp, mmg ada benda terbatas (nak pegi USJ tkpegi) but i will come again soon! Hahahahahahaha

0

Author

Ads

Sidebar Ads

Recent

recentposts

Random

randomposts